announcement

Selamat Datang kepada semua pengunjung daiejering.blogspot

Sunday 8 April 2012



Dikisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata, "Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah s.w.t." Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalu memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik sahaja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus. Semenjak dari peristiwa itu maka Allah s.w.t pun mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya sehingga dia menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.


Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah. Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan gadis tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut. Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.

Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahawa dia itu kudung, manakala ibunya juga telah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut. Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri. Apabila suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata, "Aku mendapat tahu bahawa orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri." 


Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu, "Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana Ku, maka tidak ada halangan bagi-Ku memberikan kembali akan tangan kananmu itu." 


Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan. Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita. 


Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan barangsiapa menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah s.w.t. Dan barangsiapa telah menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan barangsiapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah s.w.t."

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat."


credit: 
http://khalifahalhidayah.blogspot.com/2012/04/di-potong-tangan-kerana-memberi-sedekah.html

Sunday 25 March 2012

Port Dickson..Hehehe

Assalamualaikum......

Akhirnya sampai jugak ana ke Port Dickson.. Best jugak disini. Tenang, aman...Ana datang sini sebab ada Family Day dengan saudara sepupu.. Diorang ajak yang ajak ana..

Ana bila orang nk bagi free, bile lg kan..Hahaha

Disini ana nk citer pjalanan ana. (ibarat liku perjalanan la...hihhihih). Tp memang betul pon sebab banyak ujian dari mula hingga sampai disini..

Petang Jumaat 23/3..Ana naik motor dengan sahabat ana, Bro Alyff (alyff92.blogspot.com). Ana mintak tolong dia untuk hantar ana ke Stesen KTM Nilai.. Mula-mula ana menuju ke Pusat Komsyal dekat dengan FEM(USIM) sbb nak check out duit dulu..kekeringan,.hehe...Baru je nak cucuk kad bank tu..Tiba-tiba handpon ana berbunyi. Rupanya Bro Syahmi (kurosakiichigo90.blogspot.com) call..Dia cakap yang Kak Zafira mintak pendrive dia yang dekat ana. Masyaallah ana memang betul-betul terlupa nak bg kat dia hari tu.. Jadi lepas tu ana pon go back ke KK1. Ana terus menuju ke bilik ana dan amik pendrive tu trus bagi kat Bro Syahmi... Tergelak besar si Bro Syahmi.. Memang terkena ana hari ni..

Pastu ana terus menuju ke bawah dan terus naik motor. Bro Alyff terus memecut motor Honda Wave milik Bro Muaz (teratakcintabersemi.blogspot.com) dengan selaju-lajunya. Pastu tibe-tibe ana perasan yang handpon ana tak ada dalam kocek. Ana baru teringat yang ana letak time masuk bilik tadi ( time amik pendrive ). Time tu dah sampai dekat dengan KK Jati. (agak jauh dah jugak tu)

Bro Alyf terus tergelak besar diikuti dengan ana..Hahaha. Terus Bro Alyff buat U turn. Ana call Bro Syahmi bawak turun handpon ana kata bawah. Bile sampai ke KK1.. Skali lagi Bo Syahmi gelak dekat ana..Haha. Apa la nak jadi hari ni.

Tp apa yang paling ana perasan bila ana keluar dari KK1 buat kali ke tiga petang tu. Abg-abg Guard KK1 gelak jugak tengok ana dengan Bro Alyff keluar masuk dekat 3 kali.. Alhamdulillah. Lepas tu perjalanan ana berjalan dengan lancar.

Memang pengalaman yang amat melucukan bila ana kenang kembali..Hihihi.

Moral : Selesaikan kerja anda semua dengan secomplete dan jangan gatal-gatal tangan nk letak benda-benda berharga time anda tengah kejar masa..Hihiihi

Wallaua'lam.....

Thursday 22 March 2012

Kehidupan Ketika Munculnya Dajjal

Assalamualaikum..sihat semua ke shabat-shbt daie smua..Sbnarnya xda modal nk post..tp hr ni time tgh menjelajah khalifahalhidayah.blogspot.com, tjumpa satu entri tentang Dajjal..Jd sini ana petik sdikit.sikit jela.

Jd boleh la bca sikit..

 Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dengan setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari selanjutnya sama seperti hari-hari biasa.

Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yang pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37hari) adalah sama seperti hari kamu yang biasa.
Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yang panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dengan menentukan kadar yang bersesuaian bagi setiap sembahyang..”

Maksud Sabda Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yang berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita lakukan. 

Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyang Zohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar.

Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yang panjang itu sama panjangnya dengan masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yang kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.         

 Ana harap pengetahuan ini bolehla dijadikan ingatan kepada sesiapa sahaja supaya jika kita masih diizin untuk hidup ketika munculnya makhluk yang paling ngeri dlm hidup kita sbg umat islam..

wallahua'lam.... 

Saturday 17 March 2012

Selesai Satu Kerja

Alhamdulillah...nampaknya sahabat2 QM semua dah dapat bg komitmen dgn apa yg aku dan Saudara (Bro) Izul rancang..haa,..nk tau apa yg kitorang rancang,,Rancang nk tubuhkan organisasi untuk uruskan Qm batch kitorang...mula2 ana pikir susah nk ajak2 membe2 Qm,,,tp tu tanggapan ana yg awal,,

(jaht betul kan :)...

Tp alhamdulillah..hari Selasa lepas (13/3),,disebabkan klas database kitorang lecture (Miss Rosalina) tak datang..so,,mula2 tu Bro Pg cakap..entah apa entah..ana xbrapa ingt..sbb tgh borak..hehe..pastu Bro Mustaqim plak cakap yg dia usulkan untuk buat baju korporat untuk kaum muslimin Qm..brapa org je yg bg respond..hehe..tp xpe..nti bisa di edjust..pastu,,tiba2 ana tpikir,,ni la masa yg sesuai untuk bgth sahabt2 smua..pastu ana ajak Bro Izul untuk ke depan dewan..bila ana cakap2..bg penerangan yang ana punya prancangan..alhamdulillah..xsangka...feedback yg ana dpt amat menggagumkan..

Tp ni masih peringkat awal...rmai jugak kaum2 muslimat bg nama nk join uruskan qm kitorang,,,untuk makluman semua..qm ni je yg xda organisasi lg..

(isk..isk..)

Ni hari ni plak..Bro Izul dah aturkan dgn senior Qm..untuk mntk tnjuk ajar skit. Alhamdulillah..pkul 8.30 pg td kitorang bjumpa dengan diorang..dan byk yg ana dpat utk uruskn organsasi Qm ni..dn borak2 lg td..byk lg informasi2 yg kami dapt...antaranya..

- Ada pertandingn Filem pendek bulan 4 ni...
  
(Jd yg mna buat video bhs arb dn igris tu..hrp2 kalau nk cuba..boleh
la dftr ye...nti ana akan mklumkan lg) 

Byk lg..tp sbrla...nk tulis smua tkt boring plak nk baca...nti ana update lagi..hehe

Kdp smua shabat..bdoa lah untuk ana dan Bro Izul spy diteguhkan iman dn kuatkn kesabaran dlam menubuhkan organisasi untk QM demi kepentingan kita seQM semua...

Nanti kita bertemu lg...

Assalamualaikum...........

(ana nk uplode gk gmbr dlm post ni...tp disebbkan line wifi KK1 slow sgt...jd xleh..mtak mf sgt kalau yg baca tu keboringan...)


Saturday 10 March 2012

Terima Kasih Mbak Oki Setiana Dewi

Kenalkan anda siapa yg ana maksudkan diatas..

Ha...ni ana coretkan sikit-sikit tentang beliau yg datang ke Kelantan baru-baru ini...

Sempena dengan Kempen Melawat Kelantan 2012, Kerajaan Negeri Kelantan...maka telah dibuat majlis bicara sama dengan artis dari negara jiran kita iaitu Indonesia..ana xbrape pasti jugak apa nama majlis ni,,tp ana ade dgr2 jugo lah pasal ni...nk g sbb jauh...kalau dekat memey ana dan pegi.(gerenti!!!)....hehe

dan disitu Moderator anak watan Kelate sdiri iaitu Amin Idris telah diamanahkan tugas yg tlah biasa dia buat tu la...hehe...dan yg mengharukan hati ana disini adalah beberapa puji-pujian daripada Mbak Oki Setiana Dewi...kenal x???alah byk citer2 bsiri yg dia belakon...rasenya dalam movie pn ada jgk ( ana pn xingat tjuk...sbb ana jrg layan indo ni...mf..hehe)

 Oki Setiana Dewi dekat Masjid Rantau Panjang (senibina ala2 China)

 Haa...dah kenal kan...ni ada beberapa video yg dalam program tu...


ni video yang dia bg puisi yg sangt2 indah bila didengari...fuuhhhh 


 alhmadulillah..ada jugak artis yang boleh sanjung negeri termiskin ni...tp bukan artis malaysia yg cakap camni...tp artis luar negara..isk..isk..sedihnya..

erm...harap2 jd iktibar kepada artis2 malaysia deh..


 kepada Mbak Oki...trima kasih banyak2 diatas kesudian Mbak datang ke negeri ambo yang sentiasa di cemuh,dicaci oleh rakyat malaysia sendiri..


 Mbak bersama dengan Tok Guru Nik Aziz

Ni lah cikit yg ambo nk coretkan sikit2..hehe..Nati ada masa.ambo tmbh lg..

Friday 9 March 2012

Alhamdulillah Selamat Jugak.......

Alhamdulillah....selamat jugak ana repair lappy ana hari ni....ni gara2 nk jp hacker lah..jmpa blog pasal hack..trus try...bila pagi ni shutdown...bukak blik tgh hri td.tibe2 dia masuk ke system repair..kalau skali xpe..ni lbh 10 kali jd cmtu...

check punya check..rupenya bios boot OS Windows 7 hilang...

System repair pn xleh nk repair bnda ni...stress woooo hr ni..pastu pkir punya pkir time lpas solat jumaat td....alhamdulillah tuhan bg ilham....lepas bedah punya bedah..tepaksa format jugak...nsb baik window 7 ni boleh masuk lg dlam system guna sistem recovery...cuba selamtkan apa yg boleh...dan sekarang..dh boleh sambung memblogger...hehe

ps: banyakkan besabar dan bedoalah banyak2..hehehehe